org kata mimpi tu mainan tido. aku pun setuju. tp aku ade gak tgk trend mimpi vs realiti. trendnye adelah ape yg aku mimpikan mmg tak jadi realiti la. aku bersyukur sgt (sbb mimpi2 mainan tido aku mmg mimpi yg kekadang adelah mengerikan)
aku jugak perasan satu benda nie, perkara terakhir yg aku pikirkan sebelum tido berkemungkinan besar juga boleh menjadi objek utama mimpi aku.Tapikan, mimpi semalam adelah menakutkan, kerana mimpi itu berkaitan dgn Mr.X. Jadi bila aku bangun, aku terasa bergenang air mata aku. Aku jadi risau dan tiba-tiba rasa kehilangan.
Rasa macam nak hantar je sms..luahkan apa yg sebenar-benarnya dalam hati aku. Tpkan aku mmg penakut. Akhirnya aku cuma hantar satu sms yang tak bermakna.
"Ya Allah, kau yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani, jika ada jodoh antara kami, maka bukakanlah jalan kepada kami. Jika tiada, aku redha dan aku pohon padaMu agar berilah ketenangan pada jiwa hambamu ini."