Wednesday, April 28, 2010

menyejukkan diri di air terjun chilling

dah lame aku tadek weekend yg free drpd aktiviti terbang2. so, bile akhirnye aku dpt balik wiken ku yang telah ilang tu, aku pun jadi sgt seronok. dan bertambah seronok bile diajak rakan2 sepejabat utk pegi berkelah kat chilling waterfall. aku rase tak ramai yg tahu kat mane chilling waterfall tu. termasuklaa aku dan rakan2 aku nie. yg kami tahu, perlu memandu menghala hulu yam, then batang kali dan kuala kubu baru. selepas tu sedar2 kami dah memandu sampai ke kaki bukit fraser. 

rupe2nye air terjun chilling tu tak jauh drpd empangan batu, maka kami pun turun laa balik dr kaki bukit yg jalannye seperti ular kena palu tu. mmg berpusing2 gilejalan tu sampai ade salah seorg drpd kami siap termuntah lagi. 

sume kembali ceria bile kami dah sampai di chilling. untuk pengetahuan korang, landmark chilling tu adalah jambatan kuning, dan entrance nye adalah kat belah kanan dan bertulis "Santuari ikan Sg Chilling". So, kami berbekalkan snek2, sanwich sardin dan telur dan kuewtiaw goreng, mule menapak hingga ke dalam. kat pejabat renjer tu, kami bayar rm1 sorang tuk masuk kedalam. btw, kalo korang nak dtg dgn family yg ade anak2 kecik, sebaiknye berkelah kat area berhampiran situ2 je.
sbbnye perjalanan kedalam adalah mencabar dan kena melalui lebih kurang 5 lintasan air terjun. (mencabar utk aku yg tak bape ske benda2 yg adventure nie). lebih kurang sejam gaklaa kami berjalan panjat bukit, turun bukit dan merentasi sungai sblm selamat sampai ke tempat berkelah tu. penat dan peluh kami berbaloi. sbb tpt tu mmg bes plus air sejuk gila! dalam byk2 lintasan air sungai tu, lintasan ke 2 mmg mencabar gaklaa, sbb tak byk pasir, byk batu licin je. fuhh, nasib baik kami sume berjiwa kental, selambe jelaa.

air terjun tu mmg cantik. subhanallah. dan situ merupakan port ikan2 berhabitat. aku tak dapat kenal pasti apekah jenis ikan kat situ. mungkin kelah kot. nampak je jinak, tp nak pegang kejap pun tak dpt. so, kitorg pun layanlaa mandi kat situ beberapa round. for lebih kurang 2 jam, sblm kami berangkat pulang.

dlm perjalanan pulang, lain plak citenye, kali ni kami terperangkap dlm jam2 sbb ramai org kuar masuk dan byk kawasan pemeriksaan polis, almaklumlaa, esoknnye kan hari pengundian pilihanraya kecil kawasan hulu selangor. bajet kami nie pengundi hantu laa eik! hahah. tp mmg meriah (dan membazir) gile dgn poster2 kat sana.


so, pas nie kami plan nak ke genting dan pulau redang plak..yummy~

3 comments:

rina said...

besarnye ikan!

Permaisuri Mawar said...

ikan keli ke tu? woh (better not watch river monster huhuh)

btw, macam best je gi sana. mintak citer sket tentang outfit n physical challanges. almaklumlah, saya pon benda2 gitu tak terrer

naDia said...

rina: besar kan? rase nak tangkap n bakar je..tp memikirkan air2 yg diminum ikan tu..aku abaikan..

mawar: bukanlaa tu kelah..bahaya weh..kalo tu keli..

physical challenge tadeklaa teruk mane..just rase penat sbb dah jalan naik turun bukit, lalu air sungai..pun tak sampai2..

just kena pakai proper attire n shoes..:)