Friday, August 06, 2010

ape yang penting ??? kerjasama . .

dulu mase kat utp aku adelah org yg tak tahu nak menghayati makna teamwork. so terjadilaa aku tak siapkan keja aku. atau aku decide nak buat keja tu sorang diri. atau ade tak kesefahaman dgn teammate lain. cume dah nak tahun akhir baru aku memahami kepentingan team work. 

tp aku tak paham nape org yg dah kerja bertahun2 masih tak paham makna teamwork. contoh2:

1. anda tetibe diarahkan utk menyambung hasil kerja org lain gara2 masalah peribadi yg tak dpt dielakkan. kemudian anda sgt terkejut menengok progress kerja yg tak selari dgn tempoh masa yg sudah terlalu lama. mmg rase geram. tp lagi geram, bila org lain tu balik, dan dgn gembiranye berkata 'aku ske ko masuk job nie, tak payah aku susah2 dah' sbyk ...ermmm...sebanyak smp tak boleh dikira.maknanye, sume sampah2 kena dikemaskan oleh org yg baru tu? walhal sampah2 itu dihasilkan oleh org lain?

2.  anda diarahkan utk kerja lebih masa. ade ot. nasib baiklah tu. namun sepanjang 8 jam anda ot bersama2 rakan kumpulan anda, hanya 2 jam mereka adalah efektif kerana selebihnya diabiskan utk berborak dan makan dan hisap rokok. dan jadinya kerja yg diberi kepada anda siap, tp kerja mereka tk dpt disiapkan, maka buat2 mcm susah sgt dan keja anda senang sgt dan akhirnya dicampakkan kepada anda. teamwork?

3. kekadang kita rasa penat dan kekadang kite buat salah. tp kalo sesama satu kumpulan pun tak boleh menyokong sesama sendri. tp cakap belakang2 depan bos ade makne ke? seolahnye yg lain tu baik mcm malaikat, kerja siap, walhal dlm 100% keja tu hanya 20% je yg dibuat, lelain? outsource dan campak ke org lain.


byk benda aku belajar dr assignment nie.
1st jgn percaya ofismate anda. percaya diri sendri. 
2.buat kerja pastikan ade proper documentation dan amik berat pasal kerja yg dibuat, so that kite tau what's happening. 
3. dont side anybody. be neutral. 
4. keja dgn laki mmg merumitkan lagi2 kalo tak professional dan pemalas dan kaki mengular, talam dua muka dan kaki kipas (aku tak kate sume lelaki dan aku tak menafikan pompuan pun ade mcm nie)
5. kena sentiasa improve diri sendiri , so that kite sentiasa byk step ahead dr si kaki kipas dan talam dua muka, so that bile jadik sesuatu kite leh tunjuk skill kite dan kenakan balik si kaki kipas dan talam dua muka (hahaha..cara jahat..but who cares, as long berkesan)
6. jgn tego org lain, kalo anda buat benda yg sama. sbb mmg takan sampai ape yg anda nak sampaikan.
nway..pada aku teamwork sepatutnye dilakukan secara:
1. pembahagian kerja secara sama rate mengikut teknikal skill
2. setiap ahli kumpulan mengikut timeline yg telah diberi
3. membuat semakan kerja secara berkala
4. membuat perbincangan secara berkala utk mencari isu2 dan masalah2
5. menyokong/membantu ahli kumpulan jika berkaitan hal2 yg tidak serius
6. saling menghormati masa peribadi masing2

ok aku dah abis marah. dah byk assignment aku buat secara berkumpulan..nie adelah kes kedua yg aku jumpe. hopefully pas nie aku dpt team yg lebih baik drp nie..

p/s: nak lagi afdhal bak kate sorang kawan aku, kite doakan laa yg terbaik utk org yg telah menganiayai kita. :) . .

No comments: