Wednesday, January 27, 2010

yang tak tertanggung. .yang menanggung..dan yang ditanggung . .

skang waktu tido aku dah tunggang langgang. minggu lepas tido kul 3pagi sokmo. minggu nie tido kul 11 mlm plak. tp waktu bangunnye tetap sama iaitu 5.30 pagi.(intro yg tak penting, boleh diabaikan)

pagi tadi aku bangun tido dgn rasa yg tak sedap hati dan berdebar2. tak sedap hati sbb sakit perut yg bukan semacam nak melepak tandas sepanjang hari. dan bukan jua sakit perut yg rase nak memuntahkan isi perut. dan paling penting bukan sbb masalah bulanan. sakit yg aku rase kalo pegi jumpe doc, konfem kena warded. aku sebenarnye sentiasa mencuba seabis daya menahan sakit perut ni. biarlaa cam nak tercabut ape2 pun dlm perut nie, aku cume akan pegi hospital, bile aku sendri tak sedar (iaitu pengsan). makanye pagi itu aku pegi keja dgn menanggung sakit perut yg tak tertanggung tu.

sampai kat ofis, utk tempoh sejam, aku cam lipas kudung buat persediaan utk mesyuarat audit dgn klien. sampai ade suatu ketika aku mcm nak menyumpah diri sendiri sbb tak buat siap2 mase aku stay back kat ofis mlm tadi. tp benda dah lepas, tak patut dikenang. igtkan hanya teman sorang bos, upenye 2 bos. ok. menarik. lebih menarik bile aku tertanye2 mesyuarat di ofis klien yg byk kenangan manis tapi pahit tu ke? tetibe bile terpk kan benda tu, aku jd sesak nafas tiba2. terus aku duduk dan beristighfar. rupenye perasaan yang  pernah ditanggung hati nie, masih ada.

persoalan aku terjawab bile sampai di bangunan asing tu. aku senyum diiringi "alhamdulillah", walaupun hati kecil aku seperti nye agak kecewa. mesyuarat yg aku jangka sejam lebih, berlanjutan hampir 2 jam. sakit perut masih berlarutan, dan makin jadi tak tertanggung sbb agak tertekan melayan pertanyaan klien mengenai surat kepada pengurusan. aku rase sbb sikap aku yg perfectionist menyebabkan aku cepat stress bile ade org mengajukan kesilapan yg aku buat.

dr tempat mesyuarat, aku beransur ke Kota Damansara, pejabat klien yg lain. seksa sungguh menahan sakit perut nie. dan aku tak tahu kenapa tiba2 pada waktu tu, aku terasa rindu pada seseorg yg tak patut dirindui. terasa mcm sume perasaan yg ditanggung selama nie, dah tak tertanggung lagi, sehingga aku yg menanggunggnye hampir2 nak menghubungi dia. mujur, ego aku masih tinggi, akal aku masih berjaya mengawal emosi aku. cume waktu tu, hati kecil aku yg menjerit2, "i really2 miss you".

1 comment:

HafizChan said...

buang ego selamba je call uols