Saturday, December 12, 2009

naTea's First PAC

Aku tido kul 2 pagi dan bangun kul 6 pagi (selepas mengemas dan membaca). make up dan stylekan tudung, aku pun gerak dr umah. Owh, aku bukan keja pada hari sabtu. Aku ade PAC atau Performance Assessment Centre utk tapisan PTD. Aku ditempatkan di INTENGAH, Jln Ilmu berdekatan dgn Hospital Universiti Malaysia.

Sbb aku tak drive, aku kenalaa kuar umah kul 6.30pg. Tp biasalah, cari nie cari tu, aku kuar kul 6.50..cuak gak, sbb berkumpul pukul 8. Nasib baik dpt teksi yg menghantar aku LRT Masjid Jamek. Dr situ, aku menuju ke LRT Asia Jaya. By 7.30, aku smp di Asia Jaya. Panik kejap, sbb tak nampak teksi. Rupenye teksi kat tepi jalan besar. By 7.40 aku selamat sampai di INTENGAH dengan jayanya!

Lebih kurang pukul 8, proses pendaftaran bermula. Serah form, amik Tag No (semasa PAC, kami dikenali melalui sistem no, jdnye kena pakai tag kemana2 saja), timbang tinggi dan berat dan serah salinan sijil dan transkrip. Kemudian amik gambar berlima2.(teknik terbaik dan tercepat utk buat gamba passport?) .

9 pagi kami diberi taklimat. 1st berkaitan pelan INTENGAH dan lokasi bangunan2. 2nd, kami diberi taklimat dan penerangan ringkas mengenai PTD dan sistem jawatan kontrak. Aku cume mampu ternganga tgk tangga gaji PTD. Dan kami juga diingatkan kalo jd PTD, kami akan ada byk umah iaitu; umah sendri, pejabat, kereta dan air port.(sape kate keja PTD goyang kaki, dpt gaji besar!) Selepas taklimat ringkas tu, aku dpt rasakan cabaran PAC nie tak sehebat cabaran apabila diterime jd PTD nanti, dan buat aku lg excited nak jd PTD.

Kami dibahagi kepada kumpulan kecil yg terdiri drp 10-11 org. Setiap aktiviti, kami akan bertukar kumpulan dan fasi, mungkin utk mengelakkan keserasian dan biased.

aktiviti pertama - role playing in english.alkisahnya kapal cruise yg dinaiki kami hampir nak tenggelam, utk merepair kerosakkan, ade satu kedai yg jauh gile dr kapal tu. dan lifeboat hanya mampu menampung 360kg, dan perjalanan mengambil masa 5 hari. kami diarahkan berbincang, who should go. Role yg ade; sea captain, seaman, swimming instructor, doctor, mother with a child, engineer,ustaz, the cabinet minister, retired civil servant, milionaire and ex-comando. guess what, aku jd ustaz. mmg hilarious laa nak defend diri sendri. aku cakaplaa, aku tak reti berenang, pastu akan pandai motivate org dan macam2 lagilah. akhirnya kami bawak org2 yg tak dislash namenye.

aktiviti kedua - bahas dalam bahasa melayu. tajuk 'wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak'. kontroversi kan tajuk? sbb tajuk agak jeneral, menyebabkan byk hujah pihak pencadang dan pembangkan cam ilang arah. aku pun agak ilang gakla.lg plak sakit perut dan pale pening.

kami lunch di dewan makan yg cantik. kemudian tukar baju sukan dan rehat di common room.

ujian sahsiah dan minat - soklan objektif 200 utk sahsiah dan 227 utk minat. seriously, aku sakit tengkuk pas tu. sbb kena siapkan dlm sejam. sahsiah utk tgk perangai dan cara permikiran.

aktiviti ketiga- dimulakan dgn acara teambuilding. berbekalkan paper, gunting, selotip dan tali, kami dikehendaki buat tiang penahan kilat setinggi 10 kaki dlm masa 30 minit. mencabar nie. walaupun tak naik pun tiangnye, tp teamwork mmg best. pastu, senam robik, kami dikehendaki mengkareograf sendri senamrobik kami berdasarkan 3 lagu; bole chudiya, lagu sudirman dan hey single ladies. fun dan bising laa waktu nie. tp though cam tak bape teratur, but we make it! aktiviti yg paling digeruni, aktiviti lasak, rupenye kali nie kena lari 1.2km, abis lari akan diberi kad berwarna. aku mestilaa cemerlang, sbb dah lame tak lari on treadmill. baru lari halfway naik bukit yg tinggi, dah sakit kat abdomen.aku jalan dan lari skit2, yg penting abis dan bukan jadi org 10 terakhir.

lega betul rasanye, bile lepas lari dah tadek apa2..dah bole balik! camne aku balik ek tadi? owh, aku ngan kawan2 baru, kuar dr INTENGAH, lintas jalan dan berjalan kearah kanan dan belok kiri, ade bus stand! dan tggu 5 minit before dpt cab ke Universiti, penatnyeee..tuhan saja yg tau! aku tido dlm bas sampai hampir nak terlepas bus stand.

2 comments:

hafizshinchan said...

Wah jadi PTD ngkau eik, klassss khannn uolsss

naTea said...

belum lg hafiz..baru 2nd level, ade satu lg level..provided aku lepas yg 2nd level laa..doakan aku k!